~ Masalah Keselamatan ~
Masalah keselamatan juga menjadi isu dalam penggunaan media sosial. Ini kerana orang lain dapat mengakses masuk ke dalam data kita tanpa kebenaran kita. Kita seringkali mendengar Facebook dipecah masuk oleh penggodam yang tidak berpuas hati atau yang mempunyai niat yang tidak baik. Usahawan seharusnya sentiasa dalam keadaan peka dengan maklumat syarikatnya lebih-lebih lagi jika menggunakan media sosial sebagai pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Serangan mungkin akan berlaku akibat suka-suka ataupun sabotaj daripada pesaing mereka. Malahan gosip dan fitnah juga akan tersebar tanpa kawalan dan sekaligus akan memberi imej buruk kepada usahawan dan perniagaan. Sekarang dengan jari sahaja, pelbagai anasir buruk dan kritikan yang mampu menjatuhkan kredibiliti sesorang usahawan akan disebarkan dalam media sosial. Kerana kecanggihan media sosial yang boleh diakses pada bila-bila masa, maklumat salah akan disebarkan dan tersebar dalam tempoh yang singkat dan adalah sukar untuk mengawalnya jika sudah tersebar.
~ Gaya Pengiklanan ~
Kita juga berfikir bahawa proses perniagaan adalah mudah untuk dilakukan melalui media sosial adalah mudah dimana mereka hanya meninggalkan pautan atau “link” untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Namun mereka bukan sahaja akan digelar spammer malah akan kehilangan pengikut mereka. Sesetengah usahawan dan ahli perniagaan juga akan dinasihatkan oleh pakar IT untuk mendapatkan alat pengurusan media sosial yang melibatkan kos yang tinggi tetapi gagal untuk menggunakannya untuk mendapatkan hasil keuntungan yang memberansangkan ke atas pelaburan mereka. Usahawan juga perlu mengupah sekumpulan pekerja yang mahir dalam proses penggunaan media sosial. Ini akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. Malahan usahawan juga akan membelanjakan keuntungan untuk mendapatkan lebih banyak sambutan daripada pelanggan. 90% kejayaan perniagaan adalah adalah bergantung kepada kepada gaya pengiklanan yang berkesan dan berterusan.
~ Kes-kes penipuan berbentuk kewangan ~
Selain daripada kesahihah maklumat, kita juga seringkali membaca dan mendengar
kes-kes penipuan berbentuk kewangan. Penipuan ini telah semakin merebak dan
semakin ramai yang menjadi mangsa penipuan. Pada masa sekarang, kita jarang
mendapat perkhidmatan “cash delivery” yang menuntut pembayaran apabila barang
sampai ke destinasi kita. Kebanyakkan perniagaan yang dilakukan sekarang
melakukan transaksi pemindahan wang secara talian dan apabila mereka mendapat
barangan yang tidak berkualiti adalah sukar bagi mereka untuk menuntut ganti
rugi atau mengambil balik wang mereka. Malahan ada di kalangan mereka yang
melarikan diri apabila mendapat wang dan meninggalkan pelanggan terkapai-kapai
tanpa sebarang jawapan. Sekurang-kurangnya jika pelanggan datang sendiri ke
premis perniagaan dan memilih sendiri barangan yang berkualiti dan memuaskan,
kes-kes penipuan ini dapat dielakkan.
~ Masa yang diluangkan ~
Para usahawan juga tidak mempunyai masa yang mencukupi
untuk melayari media sosial. Menurut Perniagaan Insider, Amerika menghabiskan
sekurang-kurangnya 37 minit pada media sosial setiap hari dan tempoh
jangkamasa tersebut akan sentiasa berubah mengikut bidang industri yang
diceburi. Untuk perniagaan yang baru berkembang, kekangan masa adalah antara
cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan. Mereka akan menghabiskan masa di
antara 8 sehingga 14 jam sehari di media sosial untuk mempromosi dan
memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka lebih-lebih lagi bagi mereka yang
baru menceburi bidang perniagan dalam media sossal dan menguruskan pelbagai
bidang platform.
~ Keperluan untuk menganalisis strategi setiap masa ~
Sesungguhnya untuk melakukan pemasaran yang berkesan melalui media sosial
memerlukan memerlukan
penyediaan, pelan, dengan jadual yang betul dan kandungan yang baik untuk
dikongsikan bersama. Jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai pelan dan
strategi yang berkesan untuk memperkembangkan perniagaannya, dia akan mendapat
pulangan atau hasil yang kurang memuaskan. Seseorang usahawan juga perlu
menganalisis strategi media sosial mereka pada setiap bulan dan meminda
dan mengubah suai strategi untuk memenuhi permintaan pasaran terkini. Ini bukan
tugas yang mudah apabila perubahan teknologi yang berlaku sangat pantas.
Mereka juga harus mempertimbangkan waktu mereka membuat pengiklanan dan promosi
jika pelanggan mereka dari zon waktu yang berlainan. Untuk itu, setiap usahawan
perlu menghadiri seminar atau kursus usahawan internet yang sentiasa dianjurkan
oleh pakar-pakar internet.
~ Kesahihan maklumat ~
Namun masih terdapat cabaran dan halangan penggunaan media sosial di Malaysia. Antaranya ialah kesahihan sesuatu maklumat. Maklumat yang tepat dan sahih adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan maklumat dan sekaligus mengelakkan penganiayaan pelanggan. Pihak yang tidak bertanggungjawab akan memberi maklumat palsu semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan tetapi maklumat yang diberi tidak sama seperti yang diuar-uarkan dalam media sosial. Saban hari terdapat ramai pelanggan yang tertipu apabila mendapat produk tiruan setelah membayar dengan harga yang tinggi atau mendapat barangan yang lain seperti yang dilihat dalam media sosial. Ini menyebabkan ramai pelanggan berasa was-was untuk membeli dan ini sekaligus akan memberi kesan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan dengan jujur. Keadaan ini umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.