- Interaksi
secara langsung dengan pelanggan
Terdapat juga perniagaan yang menggunakan media sosial
yang menyediakan ruangan khidmat pelanggan mereka. Interaksi dengan pelanggan
adalah perkara yang penting dalam apa jua perniagaan dan setiap maklumbalas
daripada mereka akan meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan lain dengan produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan cara ini, mereka boleh memberikan
khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli
mereka yang sedia ada. Pelanggan akan memberi maklum balas yang positif untuk
perkhidmatan yang memuaskan dan begitu juga sebaiknya. Seperti yang kita sedia
maklum, maklum balas dalam media massa memainkan peranan penting dalam sesebuah
perniagaan memandangkan ianya dapat dibaca oleh pembaca maka maklum balas yang
positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru manakala maklum balas yang
negatif pula sebaliknya. Maklumat yang diperolehi daripada maklum balas ini
akan digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka sendiri
sebagai seorang usahawan dan perniagaan mereka. Itulah sebabnya mengapa media
sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.
- Tempat
untuk meluaskan pemasaran
Media Sosial juga menjadi tempat untuk meluaskan
pemasaran yang efektif kerana kemudahan internet itu sendiri yang kini
manfaatnya boleh dinikmati oleh berbagai kalangan masyarakat tanpa mengira
peringkat umur. Sebagai contoh, apabila kita membuka tapak jualan ataupun
kedai, pelanggan akan tertarik kepada orang ramai yang berkumpul di kawasan
kita berniaga. Ini juga sama berlaku kepada perniagaan di media sosial di mana
pembaca akan tertarik kepada “page” yang mendapat sambutan yang mengalakkan
malah mereka akan terus memberi perhatian sepenuhnya apabila terdapat pelanggan
yang membeli produk yang sama berulang-kali dari peniaga yang sama.
- Meminimakan kos pengiklanan
Meminimakan kos pengiklanan merupakan di antara faktor-faktor pendorong penggunaan media sosial. Jika dulu syarikat-syarikat besar sahaja yang berkemampuan menggunakan media sosial sebagai strategi pemasaran namun pada hari ini, iklan dan promosi dari peniaga-peniaga kecil juga turut menghiasi laman media sosial sekarang. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial. Banyak perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media publisiti untuk memperkenalkan produk mereka. Contohnya melalui penggunaan Facebook kerana usahawan sedar akan pengguna Facebook yang sangat ramai dan ini memudahkan lagi aktiviti pemasaran.
- Proses
penyebaran informasi dan maklumat menjadi lebih mudah
Dengan kemudahan media sosial, proses penyebaran
informasi dan maklumat menjadi lebih mudah kerana pemilik media massa tersebut
hanya perlu membuat artikel, tulisan, gambar, video, atau apa jua bentuk
informasi dan meletakkannya di media sosial tertentu seperti forum online yang
dapat mewujudkan medium komunikasi di antara ahli forum yang lain.